KeGaNaSan RuMaH TaNgGa

7:37 PTG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.............

Suami pukul isteri......dikala ini terlalu kerap kita dititipkan dengan berita mengenai keganasan yang dilakukan oleh suami kepada isteri sehingga membawa maut. Ngeri apabila kita memikirkan mengenai perkara ini.......kenapa perkara ini harus berlaku?....bukankah suami adalah pelindung kepada keluarga terutama kepada isteri dan anak2....dimanakah letaknya perasaan sayang maupun perasaan belas kasihan terhadap orang yang kita sayang....

Setelah kita dihadapkan dengan berita suami bunuh isteri kerana cemburu isteri bercakap talepon dengan kawan , hari ini kita dihadapkan pula dengan berita Suami pukul isteri kerana lambat masak mi.....kalau fikir dengan lojik akal sekalipun.....rasanya perbuatan tersebut amat keterlaluan dan tidak masuk akal serta tidak berperikemanusiaan....alangkah sedihnya perasaan kita hanya kerana LAMBAT MASAK MI isteri disimbah dengan air panas yang sedang mendidih, menumbuk dan memijak isterinya...tidak cukup dengan itu baju isterinya dikerat hingga isteri bogel.....apa jenis manusia agaknya si suami tu....

Berita2 ini amat mengejutkan dan amat memalukan kita dewasa ini. Dimanakah letaknya perasaan malu dan sifat2 kemanusiaan yang sepatutnya ada pada makhluk yang dinamakan MANUSIA atau SUAMI ini....sudah hilangkan sifat2 itu dalam diri manuasia diakhir2 zaman...........sama2lah kita fikirkan.....tapi kalau hidup tidak berpaksikan dengan iman dan takwa maka kita akan tetap jadi seperti manusia bertopengkan haiwan....


Wassalam......sekadar ingatan untuk kita semua.....!!!!!!!!!!

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook