HiDuP LeBiH BeRmAkNa

7:31 PTG

Assalamualaikum......


Hari ini hari melayan tetamu yang bertandang ke rumah...2 orang kakak dan ibu yang datang dari Kampung....Alhamdullilah walaupun berbadan dua tapi aku masih mampu melayan tetamu yang datang bertandang ke teratak rumahku. Bukankah setiap tetamu yang datang itu menbawa rahmat kepada isi rumah yang menerima kehadiran mereka. Lagipun semenjak abang dan kakak saya dtg KL...orang yang dah tahu abang ipar saya boleh mengubat....ramai juga yang datang berubat...sedikit sebanyak berubah juga rutin di rumah saya..kalau dulu semasa tinggal quarters polis di Keramat...mana ada org datang rumah saya...tu yang rajin balik Kg...Tapi semenjak pindah dirumah baru..alhamdullilah dah ramai saudara yang datang termasuk kawan2...mungkin keadaan rumah yang lebih selesa dibandingkan dulu. Alhamdullilah.....Kalau hari raya pun sekarang ni kena buat something sebab kat sini ramai kawan2 pejabat yang duduk disekitar perumahan saya.Kalau dulu mana ada org dtg...selain dari kawan2 anak je....tu yang rasa lebih seronok tinggal di persekitaran baru.


Sekarang sibuk menjahit manik di baju......tak ada apa nak  buat..jahit ajelah. Nak upah orang tak mampu...Mahal gila...tak sanggup teman...baik belajar buat sendiri...mana tahu bila dah mahir nanti mungkin boleh ambil upah pulak....kaya2


Bukan apa...semenjak dah masuk 6 bulan ni...tak rasa nak tidur pada waktu rehat...rasa tak selesa...tu yang cari aktiviti lain pulak....nanti lepas pantang bolehlah melaram dengan baju yang lip lap..lip lap..Lagipun masa  tengah rajin..bila datang penyakit MALAS....setahun tak pegang jarum...org kata hangat2 tahi ayam je...


Rasanya untuk kelahiran anak ke 4 ni..insyallah nak berpantang kat Kampung je...bukan apa senang nak cari org untuk mengurut....di bandar ni payah nak cari tukang urut...kalau adapun mahal..tapi urut entah apa2.....Lagipun dah dapat lampu hijau dari Hubby..so raya tahun ni raya Ipoh le..ya bedabidoooooooooooo.....walaupun masih dalam pantang tapi yang penting raya kat Kg Sendiri.....itu yang penting.


Yang ini gambar anak ke 2...tak tahulah sapa punya kerja..kesian kat anak saya ...dibuat macam badut oleh anak2 buah saya..konon2 nak bagi sama dengan muka ayahnya masa bermisai dulu...his...his budak2 ni.....


Nama anak kesayangan ni Mohammad Nor Hafizuddin...berumur 5 tahun...sgtlah aktif. Kadang2 pening kepala ummi dan ayah..walaupun begitu dia tetap menjadi permata hati......Kalau dia tak ada memang sunyi...Baby boy yang ketiga juga ikut ciri2 abang dia.. maklumkan anak lelaki....anak sulung perempuan..alhamdullilah dah besar jadi boleh bantu ummi jaga adik2....baby baru tak tahu lagi boy or girl.....janji keluar nanti sihat walafiat. Walauapapun....Hidupku kini  rasa lebih bermakna.......Alhamdullilah.

Mohammad Nur Hafizuddin
Mohammad Nur Harraz

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook