ReSePi MiNgGu InI - PeMbUkA SeLeRa
11:20 PTGAssalamualaikum dan selamat sejahtera.........,
Hari itu saya berkongsi dengan anda semua mengenai resepi kek coklat kukus....kali ini saya titipkan pula beberapa resepi yang sedap dan enak untuk anda sajikan kepada keluarga.....kebanyakan koleksi resepi saya ini diambil dari beberapa blog yang memang terkenal dengan kesedapan resepi mereka.....apa salahnya kita berkongsi dengan rakan2 yang lain kerana ilmu sebaiknya dikongsi bersama-sama bukan disimpan seorang diri....Harap anda semua berpuas hati dengan resepi yang dititipkan ini!!!!!!!!!!!
SaMbaL LeNgKuAs
Bahan-bahan:
2 cawan lengkuas - dipotong kecil
10 batang serai - dikisar
30 tangkai cili kering - dikisar
600 gm bawang besar - dimayang
300gm ikan bilis - ditumbuk jangan sampai hancur
1 biji kelapa - dijadikan kerisik dan dikisar
5 cm belacan - dikisar
5 cm halia - dikisar
Sedikit air asam jawa
3 senduk minyak masak
Cara Menyediakan:
1. Lengkuas dikisar dan direbus sehingga mendidih. Kemudian tapis, buangkan air didihannya dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak, ambil sebahagian bawang besar yang dimayang dan tumis hingga naik bau.
3. Campurkan kesemua bahan-bahan kisar, ikan bilis dan bancuh dengan air asam jawa.
4. Masak di atas api yang perlahan selama satu jam, tetapi hendaklah dikacau selalu agar sambal masak rata dan tidak hangit.
SaMbAl TeMpE
BAHAN-BAHAN:
5 keping tempe (potong dadu)
2 biji kentang (potong dadu)
2 paket kecil suhun (rendam)
1 labu bawang besar (hiris)
10 tangkai cili kering (kisar)
2 keping tauhu fucuk
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
1. Goreng tempe dan kentang hingga masak. Ketepikan.
2. Tumis cili kering dan bawang besar hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan tempe dan kentang.
4. Akhir sekali, masukkan suhun, fucuk dan garam secukup rasa. Kacau hingga rata.
0 ulasan