Salam Takziah

1:54 PG

Salam kepada teman2 dan pengunjung hafizah-teratakdesa.blogspot.com

Minggu ini adalah minggu yang amat mengejutkan. Semalam aku cuti cemas sebab mendapat berita kematian ibu saudara suamiku iaitu wak Nah atau nama sebenarnya Sukinah. Biasalah orang jawa...panggilan kepada ibu saudara adalah WAK. Aku agak terkasima mendengar kembalinya adik kepada Bapa mentuaku di usia yang tidaklah terlalu tua 63 tahun akibat penyakit kencing masnis. Seingat aku, Wak Nah ni adalah ibu saudara yang baik, sepanjang aku kahwin dengan suamiku, setiap hari raya kami tidak pernah miss untuk bertandang ke rumahnya. Agak lama juga aku tidak bertemu dengannya, seingat aku, kali terakhir 6 bulan sudah di mana aku bertemu semasa majlis pengkebumian Mak Tua (kakak kepada Wak Nah). Itulah kali terakhir aku bertemu dengannya hinggalah mendapat berita kembalinya beliau ke rahmahtullah. Sebagai anak saudara, aku hanya mampu mendoakan rohnya di tempatkan kalangan orang2 yang beriman. Al Fatihah.

Sekembalinya aku dari kerja, hari ini dikejutkan pula dengan kembalinya kerahmahtullah rakan sekerja iaitu saudara Mohamed Sofian Abdul Latif, bekas Pengurus Cawangan Besut. Beliau meninggal akibat sakit jantung. Ramai juga rakan2 di Kuala Lumpur yang pergi menziarahi jenazah beliau. Kami di HQ mengucapkan salam takziah kepada isteri beliau Che Rosnah Che Lah, PPK Akaun WIlayah Kelantan. Kami di sini mendoakan arwah di tempatkan bersama golongan orang2 yang beriman. Kepada isteri dan anak2nya diharap dapat bersabar dengan dugaan yang amat besar ini.

Sebagai orang Islam, kita tidak dapat lari dengan segala kententuan yang telah di tetapkan oleh Allah iaitu ajal maut, rezeki dan jodoh serta kehidupan di dunia ini adalah di tentukan oleh AIllah. Sebagai umatnya kita kena terima qada dan qadar dari Allah dengan hati terbuka.

Hari ini adalah hari mereka...esok kita tidak tahu...adakah hari esok adalah hari kita pula. Selagi nyawa di kandung badan....hubungan dengan ALLah jangan di abaikan. Solat jangan dipandang ringan dan jangan ditinggalkan tanpa sebarang sebab, sentiasa berbuat kebaikan didunia dan menjadi Muslim dan Muslimah yang sejati. Semoga pemergian kita nanti,  Allah tetapkan kita dikalangan orang2 beriman dan janganlah kita diletakkan dikalangan orang2 yang dilanatiNYA.

Sekian untuk kali ini. Wasallam.

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook