PLAN PERNIAGAAN DARI RUMAH JE!

1:18 PG

Assalamulaikum.....kepada teman2 blog

Rasanya sudah agak lama saya tidak menitipkan coretan-coretan untuk tatapan teman2 blog. Entahlah, sejak akhir2 ini saya agak sibuk dengan tugas2 di Pejabat dan bila balik ke rumah sibuk dengan tugasan sebagai ibu dan isteri. Jadi penulisan di blog tidak terlaksana seperti biasa.

Semalam bersembang-sembang kosong dengan kawan di Pejabat dan terpancul dari mulutnya agar saya mencuba berniaga dari rumah aje...memandangkan saya kerja, saya tak berani untuk membuka kedai dan berhenti kerja. Bila di fikir2kan betul juga kata kawan aku tu...apasalahnya saya mencuba untuk menjual dari rumah. Yang penting cara kita mempromosikan jualan kita itu.

Hendak mempromosikan secara online boleh juga....tapi dah banyak dan beribu-ribu orang mempromosikan barangan mereka melaluinya. Jadi saya rasa kalau saya membuat iklan perniagaan saya dengan menghantar pamplet-pamplet ke rumah-rumah, terutama di kawasan tempat tinggal saya...itu lebih bagus lagi. Sesiapa yang berminat dengan produk saya boleh terus telefon atau datang aje ke rumah untuk memilih produk yang mereka inginkan.

Ikutkan hati ingin mempunyai kedai kecil tapi masa dan tenaga pekerja perlu ada untuk menjayakannya. Itu perkara yang tak mampu saya buat....jadi dengan pandangan yang diberikan oleh rakan saya itu, buat masa ini kalau saya mahu berjaya dalam kerjaya dan juga perniagaan kecil2lan saya...idea itulah yang saya rasa paling sesuai buat masa ini.

Kalau teman2 yang lain ada idea2 yang lebih bagus bolehlah berikan kepada saya untuk difikirkan. Kata orang kalau nak berjaya haruslah kuat berusaha tanpa mengenal jemu dan jangan hanya sekadar hangat2 tahi ayam atau berangan2 Mat Jenin.

Sekian untuk hari ini.

You Might Also Like

2 ulasan

  1. Salam Mak Su,
    Teruskan semangat niaga ni. Semangat kena kuat dan jangan putus asa. Apa pun bak kata Pak Lang: fokus, fokus... Apa2 yg dibuat jika fokus akhirnya akan berjaya juga insyAllah.

    Kalu nak buat business online ni so far the best adalah barangan kanak2. Sebab:
    1. barangan kanak2 ni - ibu bapa tak lokek duit nak beli.
    2. barangnya kecil, harga mahal(tinggi) - margin keuntungannya tinggi - 40-50%
    3. Harga hantaran (postage) boleh cover.
    4.Barngan kanak2 ni macam baju kanak2, tuala dsbya.
    5. Nak sumber barang - boleh bincang.

    Waslaam
    P Dak
    Ipoh

    BalasPadam
  2. ok gak...boleh publish di blog baru
    http://qasih-kuaisyah-collections.blogspot.com/

    BalasPadam

SUBSCRIBE

Like us on Facebook