Faedah Menabung
9:11 PTGAgaknya apa yang ada dalam fikiran kita bila melihat tajuk diatas. Adakah dikalangan kita2 ada menabung untuk masa depan atau tidak? Penting ke? Berfaedah ke? Cukup ke kalau nak menabung? Macam-macam persoalan akan timbul dalam fikiran bila kita ingin melakukan perkara baik ini.
Ok, untuk coretan kali ini saya menitipkan sedikit pendapat yang bagus dari satu blog yang saya baca mengenai cara mengatasi kewangan keluarga atau diri sendiri. Saya harap panduan ini bisa memberi kebaikan pada kita di masa2 akan datang.
MENABUNG UNTUK MASA DEPAN!Tiba sahaja hujung bulan, habis gaji. Tiada langsung yang tersisa untuk dijadikan simpanan. Mana lebih baik, orang yang bergaji RM4,000 tetapi tidak mampu menabung walau satu sen pun daripada wang gaji yang diperoleh berbanding dengan individu yang bergaji RM2000 tetapi mampu mengasingkan sekurang-kurangnya RM500 sebulan untuk menabung?
Tidak semestinya apabila bergaji besar semua masalah akan selesai, bâk kata pepatah, lagi besar periuk, lagi besar- iah keraknya. Jangan amalkan sedemikian kerana ia akan masa depan anda. ikutlah pepatah ini, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
Paling penting, tentu kan niat dan tujuan utama anda menabung. Seperti yang kita ketahui, tujuan kita menabung ialah untuk memenuhi keperluan dan kehendak pada masa akan datang. Sepanjang anda menjalani kehidupan di dunia ini ada beberapa punca utama yang menyebabkan anda menyimpan.
Namun berapa ramai yang mampu memenuhi semua kriteria tersebut secara serentak. Bagaimanapun anda boleh memula- kannya secara perlahan-lahan mengikut kesesuaian masa dan keadaan. Tetapi ingat jangan umur sudah terlalu lewat barulah ter- fikir untuk menabung. Ketika itu sudah tentu- lah anda tidak mampu menabung untuk memenuhi segala keperluan tersebut.
Jika anda ingin menabung, mulakan sejak dari awal. Kalau boleh sejak anda menerima gaji pertama anda lagi. Lagi cepat anda menabung lagi baik kerana jumlah tabungan anda akan lebih banyak berbanding jika anda memulakannya agak lewat.
Didik anak-anak ketika mereka masih kecil untuk menabung kerana mendidik anak-anak dari peringkat awal lebih mudah berbanding apabila mereka sudah besar nanti. Sediakan bajet untuk mereka agar mereka mampu mengawal kewangan mereka.
Jika anda berhasrat untuk menabung bagi pendidikan anak anda, adalah lebih baik jika anda mula menabung seawal usia anak anda masih bayi lagi. Jangan tunggu sehingga mereka sudah bersekolah kerana ia agak terlewat. Ini kerana kos pengajian di peringkat universiti semakin meningkat dari tahun ke tahun. Jika anda menabung sejak anak anda masih bayi lagi, ia memberi peluang lebih lama untuk anda mengumpul wang bagi perbelanjaan pendidikan anak anda.
Oleh itu, sebaik-baiknya mulakan tabungan dari awal seperti menyediakan tabungan pendidikan anak-anak seawal yang mungkin. Bukan setakat tabungan pendidikan sahaja, malah tabungan lain juga elok dimulakan dengan lebih awal. Ini akan memberikan keselesaan pada diri anda kelak.
Posted by admin
Posted in Kerjaya, Kewangan, Pengurusan Kewanagan
Posted on 13-02-2011-05-2008 0
Macamana?....Tepuk dada tanya selera. Tapi bila difikirkan memang kita harus menabung dari sekarang. Walaupun sedikit tapi lama2 tentu jadi bukit. Bagi saya menabung ini amat perlu kerana keperluan kewangan akan jadi perlu tanpa dijangka. Roadtax mati, kereta rosak, yuran sekolah anak2, sakit pening dan bermacam-macan lagi...Oleh itu, mailah kawan2 semua kita mulakan tabiat menabung.
Dulu2 kita menabung dalam tabung buloh, tabung ayam dan macam2 tempat kita boleh simpan duit. Tapi di dunia yang semakin maju...kita boleh menabung dengan membuat potongan gaji setiap bulan ke dalam akaun simpanan seperti Tabung Haji, ASB dan sebagainya. Tapi kini kita melangkah lebih jauh dengan menabung dengan cara yang lebih efektif dengan membuat pelaburan di bank2 yang menawarkan pulangan lebih hebat setiap tahun seperti pelaburan di bank rakyat, bank pembangunan dan sebagainya.
Simpanan di Buku Bank
Sekian untuk kali ini....semoga berjumpa di siri yang lain pula.
0 ulasan