Dapur Impian Ku

1:14 PG


Setiap orang mempunyai pelbagai impian dalam dairi hidup mereka. Sekiranya masih bujang berkeinginan untuk berkahwin, tiada anak ingin punya anak, tiada kereta ingin beli kereta dan masih lagi menyewa rumah ingin mempunyai rumah sendiri.

Apabila punya rumah sendiri bermacam-macam perkara berlegar di fikiran untuk mencantikan tatarias suasana rumah agar nampak bergaya dan elegan dari luar rumah hinggalah di dalam rumah. Apa yang penting kalau ada $ semuanya bisa di atur.

Tapi apa yang paling di minati oleh saya dan paling2 diingini oleh saya adalah mempunyai ruang tamu dan dapur yang cantik. Itulah idaman yang saya idam2kan sekiranya saya mempunyai kemampuan untuk memilikinya.

Untuk tatapan teman2 yang masih mencari2 rekabentuk ruang dapur, disini saya pamirkan beberapa photo dapur yang begitu menawan kalbu untuk sesiapa yang mampu memilikinya.





Kepada sesiapa yang berminat dan mempunyai kemampuan boleh menghias dapur mereka dengan pelbagai rekabentuk yang lebih menarik. Yang dipaparkan hanyalah sebahagian kecil aje....ada beribu-ribu rekabentuk terjual di kedai, hanya perlu menunjukkan jari sahaja...yang penting ada $$$$ semua boleh jadi kenyataan.

Aku ni bilalah akan berpeluang mendapat ruang dapur yang cantik seperti gambar di atas....aduh..aduh...aduh...tak tahan rasanya bila melihatnya. Tapi tak kisahlah, apa2pun bila berkehendakkan sesuatu kita wajib mengukur baju dibadan sendiri....InsyaaAllah sekiranya dimurahkan rezeki, satu hari nanti aku pasti akan memilikinya. Yang penting kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan apa yang ada..sekiranya masih berkeinginan, kita hendaklah sentiasa berusaha keras menyimpan tabungan dan yang paling penting kita hendaklah BERSABAR.

Sekian untuk sembangan hari ini. Selamat bertemu lagi.
CINTA ITU INDAH....................




You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook