Pasangan Suami & Isteri

1:56 PG


Salam kepada teman-teman blog yang sudi untuk melayari blog saya setiap masa. Terima kasih keran sudi membaca dan menyusuri blog yang tidak seberapa ini. Sudah agak lama saya tidak menulis sesuatu yang baik untuk dikongsi oleh kita bersama kerana pembelajaran tidak akan putus sampai kehujung nyawa. Hari ini saya ingin berkongsi satu tajuk penulisan yang saya perolehi hasil penulisan saudari Sadatul Mahiran Rosli yang amat sesuai dikongsi oleh kita semua terutama pasangan suami isteri yang telah lama melayari bahtera rumahtangga. Kepada yang baru masuk kealam rumahtangga, perasaan kasih sayang masih menebal kerana masih lagi dalam proses "honeymoon' dan perasaan itu masih lagi membuak-buak dirasakan. Tapi bagaimana yang telah lama melayarinya, pelbagai perasaan timbul bila telah lama menjalinkan hubungan. Sayang , gembira ,benci, marah, bosan  dan bermacam-macam lagi perasaan telah wujud dalam perhubungan terutama yang telah melepasi angka lebih 5 tahun mengharungi hidup bersama.

Paparan kali ini mungkin akan membantu pasangan untuk terus mengekalkan keharmonian rumahtangga yang dibina agar jangan terus pudar mengikut arus waktu. Biarlah perasaan kasih sayang terus mekar dan subhingga kehujung nyawa kita.








Memulihkan sayang yang pudar
Februari 1, 2008
Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

Perhubungan suami isteri mempunyai banyak cabarannya. Ada kala suka, ada kala duka. Namun kebijaksanaan kedua-duanya mengatasi segala-galanya. Jika bijak menanganinya maka rumah tangga itu akan bahagia tetapi jika sebaliknya, maka berantakan.

Bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga suami isteri harus sama-sama tahu bagaimana untuk mengukuhkannya. Sekiranya kasih sayang nampak semakin pudar, cepat-cepatlah pulihkannya.

Ini kerana jika dibiarkan, akan terus melarat sehingga mendatangkan masalah yang boleh meruntuhkan bahtera perkahwinan itu.

Teringat kisah seorang kawan yang sedang menghadapi krisis dengan suaminya iaitu Noraini (bukan nama sebenar) dan suami, Ismail (bukan nama sebenar). Menurut Noraini, mereka tidak bergaduh tetapi dia cuma berasa suaminya tidak menyayanginya lagi. Namun begitu Ismail masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai ayah kepada dua orang anak.

Masalah di sini, Noraini merasakan bahawa agak sukar untuknya menjadi isteri yang terbaik kepada Ismail apabila kasih sayang itu tidak diperoleh. Kata Noraini, Ismail cuma mahu dirinya bertindak sebagai ibu kepada anak-anaknya dan bukannya sebagai wanita, isteri dan rakan karib. Namun, Noraini yakin Ismail masih menyayanginya dan sayangnya pada suami juga masih kental seperti awal perkahwinan, cuma masing-masing tidak pandai untuk meluah atau membajai kasih sayang tersebut membuatkan ia semakin pudar.

Inilah antara asam garam kehidupan rumah tangga yang sentiasa berada dalam ranjau dan duri, jika tidak dibaja oleh perasaan dan ikatan yang ada sebaik mungkin, maka ia akan layu dan gugur ke tanah.

Bagi membantu Noraini dan wanita lain yang mengalami nasib sama, berikut beberapa tip yang mungkin boleh memulihkan semula rumah tangganya yang semakin pudar supaya bahagia dan sejahtera.


ØLuahkan masalah yang selama ini dipendam, pilihlah masa yang sesuai untuk berbincang mengenainya.

ØSentiasa mendengar apabila suami bercakap, jangan sesekali memotong atau menyampuk percakapannya. Jadi teman mendengar yang setia.

ØMendahulukan keperluan dan permintaan suami daripada kehendak pihak lain sekali pun anak atau saudara mara.

ØMenjauhi kata-kata dan tingkah laku yang boleh menyinggung perasaan suami.

ØBercuti atau menghabiskan masa berdua tanpa anak-anak bagi mengeratkan perhubungan suami isteri.

ØBerhias dan memakai bau-bauan untuk suami.

ØBerbicara dengan nada lembut dan baik ketika bersama suami.

ØPamerkan wajah riang dan senyuman manis ketika suami pulang.

ØTunjukkan gambar-gambar di saat gembira terutama pada hari perkahwinan dan percutian bersama- sama anak-anak.

ØBerusaha untuk melayan suami mengikut kegemaran dan kesukaannya sama ada dari segi makanan dan keperibadian.

ØKetika suami sedang marah, isteri perlu mendiamkan diri kerana akan mereda kan kemarahannya dan menghindari daripada pertengkaran.

ØTidak mudah merajuk dan mengeluh tetapi haruslah bersabar terutama ketika hati disakiti oleh suami.

ØSelalu berdoa kepada Allah supaya kasih sayang berpaut dan suami kembali kepada kita.

ØFikirkan kebaikan pasangan selama ini. Jangan cari kelemahan tetapi keistimewaan yang ada padanya sehingga jatuh cinta kepadanya dahulu. Ini akan menimbulkan kembali kasih sayang yang mendalam terhadap pasangan.


You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook