Rss Feed Facebook Twitter Google Plus

post:


MUTIARA KITA

-"CINTA itu indah jika kita tahu menghargai"Cinta adalah kekuatan yg mampu mengubah duri jadi mawar mengubah cuka jadi anggur mengubah sedih jadi riang mengubah amarah jadi ramah mengubah musibah jadi muhibah.

Khamis, 29 September 2011

Tata Rias Rumah

Salam kepada teman-teman blog. Hari ini nak entrykan dalam blog mengenai tatarias rumah terutama kepada teman2 yang telahpun membeli rumah baru, baru nak beli dan yang telahpun membeli dan mahu mencantikkan lagi ruang rumah yang sedia ada.

Gaya menyusun ruang tamu

March 22, 2009 by admin
Fail di bawah
Ruang Tamu

RUANG tamu adalah ruang yang dikhususkan menerima tetamu dan berfungsi tempat pertemuan keluarga. Apapun aktiviti dilakukan, kerusi dianggap keperluan dan nadi ruang berkenaan. Suatu ketika dulu, ruang tamu tetap berfungsi tanpa kerusi kerana masyarakat waktu itu hanya duduk bersila di lantai. Namun, ketika status dan keupayaan memiliki set tempat duduk diperoleh dengan mudah, memiliki set perabot lengkap di ruang tamu bukan masalah besar.


Apapun, anda perlu bijak menilai set kerusi tamu paling sesuai untuk memenuhi keperluan fungsi ruang itu. Oleh kerana kehadiran tempat duduk berupaya menyuntik suasana tertentu, maka sebelum sofa dan kerusi dibeli, perkara berikut perlu dipertimbangkan;

Kategori Pengguna

Kenal pasti kategori pengguna ruang tamu iaitu adakah membabitkan golongan dewasa, orang tua atau kanak-kanak?

Kerusi dan meja tambahan melengkapi susun atur ruang tamu.
Jika golongan tua pengguna utamanya, pastikan kerusi dipilih sesuai keperluan mereka.
Jika ia kerap dikunjungi kanak-kanak dan haiwan peliharaan, pastikan anda membeli sofa fabrik jenis sarung boleh tanggal dan cuci.

Bilangan Pengguna

Perlu pastikan jumlah pengguna untuk mengetahui jumlah tempat duduk yang patut disediakan.
Sediakan juga tempat duduk tambahan bagi menampung tetamu hujung minggu dan sesekali, jika menganjurkan majlis keraian.


Aktiviti Pengguna

Adakah kegiatan ruang tamu terhad kepada merai tetamu? Bagaimana dengan aktiviti lain seperti menonton televisyen, mengulang kaji pelajaran, membaca, membuat kerja tangan, bermain, makan atau mendengar muzik?

Setelah mengenal pasti jenis aktiviti yang dilakukan di ruang ini, sediakan keperluan ruang itu seperti kelengkapan tambahan yang boleh dipelbagaikan

Kerusi dan meja tambahan melengkapi susun atur ruang tamu.
Kerusi dan meja tambahan melengkapi susun atur ruang tamu.
kegunaannya.

Gaya susun atur tempat duduk
Gaya dan susun atur tempat duduk ruang tamu memerlukan sentuhan kreatif dan beberapa kehendak praktikal perlu dipatuhi. Tiga gaya asas mengatur tempat duduk di ruang tamu ialah:

1. Susunan segi tiga
Gaya susunan segi tiga membabitkan kedudukan tiga penjuru iaitu sofa tiga tempat duduk disusun mengadap meja kopi, diiringi sofa satu tempat duduk ditempatkan di kedua-dua penjurunya.
Gaya ini pilihan popular di ruang tamu kerana kedudukannya mesra selain memudahkan tetamu serta tuan rumah berbual juga mengatur kedudukan apabila hendak duduk.

2. Susunan bulat
Gaya susunan bulat mengutarakan sofa berbentuk L dengan sofa satu tempat duduk tambahan ditempatkan di sisi manakala meja kopi diletak di tengah ruang.
Gaya ini popular untuk ruang tamu moden kerana nampak santai dan sesuai bagi memupuk kemesraan keluarga.

3. Susunan separuh bulat

Gaya susunan separuh bulat disusun dengan sofa dua atau tiga tempat duduk dijadikan fokal dan dikelilingi sofa satu tempat duduk serta meja kopi di tengah.
Gaya ini agak formal iaitu tuan rumah duduk di sofa tengah dan dikelilingi tetamu. Gaya ini amat sesuai untuk tuan rumah memberi tumpuan kepada kesemua tetamunya.
Berikut beberapa tip menyusun atur sofa di ruang tamu; Kehendak praktikaliti dan peraturan yang perlu diikut;
  • Jika ruang tamu ingin dimanfaatkan tempat merai tetamu sepenuhnya, temoar duduk elok disusun berdekatan supaya tetamu merasai kemesraan tuan rumah. Pastikan jarak di antara tempat duduk tidak terlalu jauh hingga mewujudkan ruang di tengah yang boleh menjadi kawasan lalu-lalang. Ini akan mengganggu perbualan dan sebaiknya, aliran lalu-lalang disediakan di belakang sofa.
  • Ambil kira keluasan ruang tamu, kedudukan tingkap dan pintu sebelum memilih tempat duduk kerana sofa memerlukan ruang. Pastikan kehadirannya tidak menghalang kawasan lalu-lalang di muka pintu atau sekitar ruang tamu.
  • Jika ruang tamu anda memanjang dan sempit, bahagikan tempat duduk kepada dua kumpulan iaitu sama ada tempat duduk gaya susunan 2 + 1 + 1 atau gaya susunan 1 + 1 dan di sudut lain ditempatkan kerusi kayu serta rotan yang ringkas. Meja kopi diletak di bahagian tengah.
  • Sofa dua atau tiga tempat duduk tidak bukan bermakna sepanjang masa diduduki. Biasanya ia tidak digunakan sepenuhnya pada satu masa kerana menyukarkan perbualan. Di sini, perlunya tambahan sofa satu tempat duduk yang dapat memberi keselesaan.
  • Ruang tamu yang digunakan untuk berbual dan menikmati hidangan ringan memerlukan meja kopi besar diletakkan di tengah ruang dilengkapi meja sisi serta sepasang sofa dua atau tiga tempat duduk diatur bertentangan.
  • Untuk mengelakkan kebosanan selain mewujudkan tata hias menarik, pastikan fabrik pelbagai warna dan corak dipilih. Gabungan sofa dan kerusi pula mampu mewujudkan kelainan.
  • Kerusi beralas tangan jenis rotan dan kayu serta sofa bersayap menampilkan gaya menarik. Selain itu, ia boleh dijadikan tempat duduk tambahan dan sudut membaca.
Ruang tamu yang praktikal serta menarik perlu mempunyai sofa yang selesa, cahaya yang cukup, feature wall yang menonjol, warna-warna yang menyegarkan, dsbnya.
    ]]


Share This :

0 ulasan:

Catat Ulasan

Blogger templates

 

Blogroll