ReZeki AnAk SeNtIaSa AdA

7:01 PTG



Salam kepada teman2 blog.


Alhamdullilah, Allah sentiasa memberi rezeki kepada hamba2nya yang sentiasa memohon kepadaNya agar dimurahkan rezeki didunia maupun diakhirat.

Semua orang tahu keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu....lebih2 lagi kepada golongan yang tinggal di bandar2 besar akan lebih merasa bahangnya. Semuanya memerlukan duit hatta nak masuk tandaspun kena bayar 0.30 sen inikan pula kos hidup yang sentiasa memerlukan wang. Sebab itulah ramai yang sentiasa mencari peluang untuk menambahkan pendapatan kerana sumber pendapatan dari gaji bulanan memang tidak mencukupi. Banyak benda yang perlu dibayar dan akhirnya duit gaji habis untuk membayar segala hutang seperti pinjaman bank, kad kredit, pengasuh anak, minyak & tol, segala bil-bil bulanan dan perbelanjaan persekolahan anak2. Belum lagi kos untuk membeli barang2 keperluan harian. Kalau difikir2kan memang duit gaji yang diperolehi memang tidak mencukupi. Tapi seperti topik saya hari ini, "REZEKI ANAK SENTIASA ADA" dan saya percaya dengan anggapan tersebut kerana setiap kelahiran anak ada rezeki yang telah ditentukan oleh Allah dan tidak akan papa orang yang mempunyai ramai anak.

Hari ini Allah memberi rezeki kepada saya, walaupun tidak banyak tapi cukup untuk saya gunakan untuk keperluan anak-anak terutama kepada anak saya yang belajar di Asrama. Beberapa hari lepas ada dia telefon menyatakan cikgu memohon agar ibubapa dapat menjelaskan yuran PIBG dan yuran asrama, itu tidak termasuk wang perbelanjaan di asrama, minta untuk dibuatkan cermin mata dan sebagainya. Kalau dihintung dengan gaji bulanan setelah ditolak segala hutang..memang tinggal 0...tapi  "REZEKI ANAK SENTIASA ADA"...Itulah prinsip yang saya selalu pegang. Kita kena berusaha untuk menambahkan pendapatan dengan membuat perniagaan kecil-kecilan. Seperti hari ini rezeki datang bergolek...ada pula orang oder kain dan dapatlah sedikit keuntungan dari penjualan kain, orang bayar hutang kain yang lama tertunggak dan sebagainya. Dengan sedikit keuntungan itu dapatlah menampung keperluan2 yang tak terduga. Alhamdullilah sangat2.

Sebagai manusia kita harus berusaha gigih selain sentiasa berdoa kepada Allah agar sentiasa dimurahkan rezeki. Amalkan membaca surah Al Waqiah kerana saya pernah mendengar ceramah seorang ustaz yang menyatakan bahawa sesiapa yang selalu mengamalkan membaca surah tersebut InsyaAllah akan dimurahkan rezeki selain daripada mengamalkan solat Dhuha.


Selain itu sentiasalah bersyukur dengan pemberian rezeki dari Allah walapun sedikit. Jangan jadikan anak-anak kita sebagai beban kepada kita kerana pada mereka itulah terletaknya rezeki tersembunyi yang kita tidak tahu.
 Wallahualam.

CINTA ITU INDAH

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook