Kisah Anak Demam

10:20 PTG


Semalam aku terpaksa  meminta kebenaran bos balik awal kerana anak demam panas. Kesian pada si kecil aku...bila sampai aje tengok dah lemah...mungkin banyak menangis kot. Sepanjang 5 bulan di dunia, inilah baru kena demam. Kesian kat pengasuhku si Aziah yang sgt baik...mesti penat melayan kerenah budak demam. Mesti tak menang tangan melayan anak2 ku yang 3 orang tu. Terima kasih banyak2.....

Selepas aje balik dari klinik terus bagi makan ubat demam...nasib baik tak meragam dan mudah diberikan ubat. Tapi biasalah bila melayan kerenah anak yang tengah demam....semua dibuat tidak kena. Diberi susu badan menangis, diberi susu botol menangis....ummi pulak jadi tension tak keruan.

Belum tiba malam hari, dekat pukul 2 pagi baru aku dapat tidur. Bukan sahaja melayan kerenah Aisyah yang demam tapi kerenah hero aku si Harraz. Selagi aku tak tidur selagi tulah dia berjaga. Si Aisyah pula, tak mahu di letak...tidurpun di atas dukungan aje.....sabar2.....itulah dugaan si Ibu. Si ayah jadi tak keruan, nak di ambil...anak tak mahu....jadi si ummi ajelah yang sesuai melayan anak. Letihnya tuhan ajelah tahu.

Bila mereka dah tidur...aku mulalah mengosok baju sekolah anak dan mengemas beg mereka  untuk dihantar kerumah pengasuh pagi esok..maklumlah kena keluar awal pagi kalau keluar lambat alamat tersangkutlah jem...pukul berapa pulak nak sampai office. jadi hampir pukul 2 pagi baru dapat melelapkan mata. Esok pukul 5 dah nak bangun.....bila diingat2 balik kita ni bila dah berusia 40an ni memang dah tak cergas macam dulu. Dulu kalau anak meragampun taklah rasa letih macam sekarang. pada kawan2..kalau nak dapt anak lagi biarlah masa umur masih muda. Macam aku ni...umur 40an anak masih kecil lagi....memang terasa penatnya...tapi tetap bersyukur kerana Allah menganugerahkan Putera dan Puteri bagi menyerikan kehidupan rumahtanggaku. Kalau mereka tak ada.....mesti sunyi hidup aku. jadi kita kenalah banyak2 bersabar....memanglah nak besarkan anak bukan mudah...kata orang bersusah2 dulu..bersenang2 kemudian.

Pada anak2ku, semoga jadi anak yang berguna kepada agama dan negara. Tak lupa, jadilah anak yang soleh dan solehah keapada kedua ibubapa. Ingatlah kebaikan dan pengorbanan yang telah diberikan untuk kalian. Jangan sekali-kali menderhaka kepada keduanya apabila satu hari nanti kamu sudah diberikan kesenangan di dunia.

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook