KRUNCHY KARAMEL ALMOND

7:47 PTG

Bersua lagi kita hari ini.. semoga semuanya sihat-sihat dan sentiasa dalam rahmat Nya.
Hari ini sayaingin kongsikan satu resepi yang  dirasakan dah meletup-letup dari tahun lepas lagi.. dan dijangkan pasti lebih bom lagi tahun 2014

Biskut yang saya maksudkan adalah sangat kruncy dan mudah cara membuatnya tak sampai 15 minit dah siap! tapi harganya cukup mahal.. bertambah-tambah lagi harga barangan baking seperti badam dah melambung-lambung naiknya tahun ini. Semasa saya beli badam dah RM 39 sekilo. Bayangkan
berapalah harga biskut raya yang bakal di jual pada hari raya nanti..2014.
 
 
 
Tahun ini harga barang sangat meruncing naiknya...oleh itu saya dah berazam untuk membuat sendiri biskut samada untuk santapan keluarga mahupun untuk hari raya. Rasanya tidak mampu untuk saya membeli biskut2 raya tahun ini kerana saya percaya tahun 2014 biskut raya akan naik harga.
Minggu ni saya sibuk membuat biskut krunchy karamel almond. Mula-mula buat untuk makan sendiri sahaja..tapi rasa kalau mahu mencari duit lebihan apa salahnya kita buat untuk jualan pada kawan-kawan.
 
Kaedah membuat biskut ini sangat mudah kerana ia di sediakan dengan tepung yang khas. Tepung florenta ni anda boleh dapatkan dari kedai menjual bahan kek. Masa saya beli harganya RM19 satu bag yang beratnya 500gm. Harga Kuaci bunga matahari 100gram RM 2.50 dan kuaca yg warna hijau 100 gram RM 3.50.
 
Harganya untuk membuat biskut ini memang mahal tapi berbaloi kalau untuk makan sendiri. Harga pasaran sekarang 1 bekas kecil biskut ni orang jual dengan harga RM 25.00 sebalang, tapi sekali hadap je...kalau buat sendiri bolehlah dapat 3 atau 4 balang.
 
Kat sini saya paparkan resepi yang saya ambil dari blog masam manis iaitu puan ita.
 
FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMONDRujukan : Kak Patmah Aspar
200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.




Untuk tatapan semua, kalau sapa nak tahu tepung biskut ni :


so apa lagi, mai mai jom buat....kalau nak order juga boleh, call saya di 012 9151840.

 



You Might Also Like

1 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook