Kehadiran Bulan Ramadhan Al Mubarak 2019
8:37 PTG
Asslamamualaikum kepada semua pengikut dan pembaca blog teratakdesa- Cinta Itu Indah.             
Rasanya dah lama saya tidak menulis dan memaparkan pelbagai cerita dan aktiviti saya sepanjang tahun 2014-2019. Tahun ini adalah tahun yang agak sibuk hingga tiada masa untuk meluahkan segala idea dan aktiviti-aktiviti yang lakukan dalam diari kehidupan saya tahun ini. Memang rindu untuk menulis tapi kesempatan agak terbatas dengan tugasan2 harian agak membantutkan keinginan untuk menulis.
Tak terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Syaaban dan kita baru melepasi malam Nisfu Syaaban..semoga tahun ini kita akan tetapkan keimanan dengan lebih tinggi dan berusaha untuk menjadi mukmin sejati dan menjadi pilihan Allah untuk menduduki JannahNya..Insyaallah.
Tidak lama lagi kita akan menyusuri bulan Ramadhan Al Mubarak...Apakah persediaan kita untuk menempuh sekali lagi bulan yang penuh mulia antara bulan2 yang ada.
"Daripada satu hadis yang panjang, daripada 
Salman Al-Farisi, Nabi SAW menyebut bahawa akan hadir satu bulan yang sangat 
barakah, terdapat padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, 
iaitu bulan yang Allah perintahkan baginya puasa. Kemudian Allah mengganjari 
pahala yang sunat seperti yang wajib dan yang wajib digandakan pahalanya 70 
kali. 10 malam yang pertama adalah rahmat, 10 yang pertengahan adalah keampunan 
dan 10 yang terakhir adalah pembebasan dari neraka.:
Sebenarnya rahmat Allah diturunkan pada setiap 
malam dan juga ada hadis sahih yang menyebut Allah membebaskan hambanya dari api 
neraka juga pada setiap malam. Jadi, ulama membahaskan mengapa Allah 
mengkhususkan 30 malam ini. Ini hanya diketahui oleh Ahlul Adwa' – orang 
terpilih memahami syariat. Syeikh Maulana Zakaria mengatakan 10 rahmat yang 
pertama adalah untuk orang yang tidak dibelenggu oleh dosa kerana dia sepanjang 
tahun sudah melakukan amal membersihkan diri terumatanya ketika masuk bulan 
Rajab. Apabila masuk Ramadhan, dia sudah bersih daripada dosa dan mendapat 
rahmat Allah. Keampunan pula adalah untuk orang yang masuk Ramadhan dengan 
dosa-dosa kecil. Setelah beberapa hari berpuasa, Allah berikan keampunan 
padanya. Pembebasan dari api neraka pula untuk orang yang berbuat dosa. Dia 
perlu berpuasa lebih sedikit (20 hari) sebelum diberi keampunan Allah SWT. Oleh 
sebab itu, kita perlu bersedia seawal bulan Rajab agar mendapat rahmat ketika 
masuk Ramadhan. Bulan Rajab adalah bulan bercucuk tanam – perlu banyakkan 
istighfar. Bulan Syaaban adalah bulan mengairi tanaman dan bulan Ramadhan adalah 
bulan memetik hasil apa yang ditanam dan diairi sebelum ini. Inilah cara 
persiapan yang ditunjukkan Nabi SAW. 
Seterusnya, persiapan menghadapi Ramadhan 
mestilah dengan ilmu. Kita perlu tahu halal haramya dan jenis-jenis berpuasa. 
Puasa itu ada puasa zahir dan batin dan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga 
semata. Puasa sebegini tiada beza dengan puasa anak-anak kecil. Imam Al-Ghazali 
menyatakan dalam kitabnya Ihya' Ulumiddin dalam bab Puasa: puasa bukan sekadar 
tidak makan, minum dan menjaga syahwat, tetapi perlu juga jaga pendengaran, 
penglihatan, lidah dan seluruh anggota badan Sudah dimaklumi bahawa matlamat utama berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan ialah untuk meningkatkan ketakwaan dan keimanan. Sifat dan rasa ketakwaan itu pula sebenarnya perlu dilatih dan dipupuk, serta dikekalkan sepanjang masa. Ia bukanlah sekadar ikut-ikutan, tetapi turut didorong oleh keilmuan. Dalam bulan yang turut dikenali sebagai bulan latihan dan pendidikan ini, umat Islam dilatih untuk menjadi insan yang lebih bertakwa. Mereka dilatih untuk melaksanakan ibadah puasa secara lebih istiqamah, dengan memelihara batas-batas syariat agar ibadah puasa yang dijalankan itu tidak menjadi sia-sia, atau hilang pahalanya, atau sekadar lapar, dahaga dan letih semata-mata yang diperolehi. agar tidak berbuat maksiat di siang 
dan malam Ramadhan.
Diriwayatkan dari Anas r.a. bahawasanya 
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Lima perkara yang menghapuskan puasa 
(ertinya menghapuskan pahalanya) iaitu: Dusta, mengumpat, mengadu damba, sumpah 
palsu dan melihat dengan nafsu syahwat”.
Imam Al-Bukhari ada meriwayatkan: 
“Tiada tempat yang paling dibenci Allah dari perut yang penuh 
walaupun dengan yang halal”.
Banyak lagi ayat-ayat Al-Quran dan 
Hadith-hadith Nabi s.a.w. yang menyatakan kelebihan Ramadhan yang boleh kita 
hayati dengan keimanan dari hati yang ikhlas untuk beramal kerana ALLAH s.w.t. 
Semoga bulan Ramadhan ini dapat kita sama-sama penuhi dengan beramal soleh dan 
tidak berlalu dengan sia-sia. Penyesalan semasa roh telah sampai dikerongkong 
akan kenangan terlepasny hari-hari berharga yang disia-siakan tiada gunanya. 
Rebutlah kelebihan Ramadhan yang mana sesungguhnya janji ALLAH itu 
benar.
Semoga Ramadhan tahun ini disambut dengan penuh keinsafan dan kita bertekad untuk meningkatkan kualiti ibadah terhadap Sang Pencipta.
Wassalam.


0 ulasan