Botox satu Ancaman

8:22 PTG

Salam kepada teman2 blog semua....Bicara kita kali ini adalah mengenai kesan-kesan buruk penggunaan BOTOX kepada pengguna.

Seperti yang kita maklum, kecantikan ada satu perkara yang amat penting kepada kita terutama kepada wanita amnya. Kita sanggup menghabiskan  beribu2 RM agar sentiasa nampak jelita dan muda sentiasa walaupun pada hakikatnya tua pasti datang menjengah kita.

BOTOX....amat sinonim dengan dunia kecantikan kini.....baik artis luar negara dan dalam negara amat berminat dengan penggunaan botox untuk mencantikkan diri mereka tanpa mengetahui akibat2 buruk yang akan mereka hadapi selepas penggunaanya.

KEBANYAKAN bintang-bintang Hollywood kini memilih rawatan kecantikan tanpa pembedahan. Mereka menyuntik 'Botox' bagi melumpuhkan fungsi otot-otot muka tertentu untuk melenyap kedut-kedut di wajah. Hasilnya apa jua memek muka, tidak meninggalkan garis dan kedut pada kulit wajah.

Suntikan 'ajaib' ini turut diamalkan oleh peragawati terkenal dan ratu cantik, termasuk penyanyi Madonna dan Cliff Richards.

Menurut pakar perawat Botox yang juga Pengarah dan Ketua Bahagian Dermatologi Kosmetik Universiti Miami, Florida, Dr. Leslie Stafford Baumann, rawatan suntikan Botox boleh mengekang proses penuaan.

Botox adalah larutan Botulinum Toxin A, yang dihasilkan oleh mikro organisma, yang dikenali sebagai Clostridium Botulinum. "suntikan Botox popular kerana ia mudah, cepat, murah, selamat, amat berkesan dan tidak perlu melalui pembedahan sebagaimana rawatan menegangkan kulit yang ada pada hari ini.

Rawatan Botox adalah rawatan kosmetik kedua paling pesat berkembang di Amerika Syarikat, selepas rawatan pengelupasan kimia. Manakala suntikan kolegan menduduki tangga ketiga.

Pada tahun 1999 sebanyak 498,204 rawatan Botox dijalankan di seluruh Amerika Syarikat iaitu peningkatan sebanyak 216 peratus.

"Kini Botox digunakan meluas di 66 negara di dunia,'' ujarnya yang meramalkan suntikan Botox akan menjadi pelopor rawatan kosmetik tanpa bedah di alaf ini.

Walaubagaimanapun, HATI-HATI jika anda berhajat untuk menggunakan Botox sebagai rawatan ... banyak kesan negatif yang  diperolehi daripada penggunaan 'botulinum toxin'. Banyak keburukan dari kebaikannya....tua pasti datang menjengah kita walaupun kita cuba lari darinya
.



Suntikan Kosmeik adalah Haram:

''penggunaan suntikan kosmetik botox untuk tujuan kecantikan adalah haram, masih ramai umat Islam khususnya wanita membelakangkan fatwa itu kerana taksub dengan keinginan untuk kelihatan cantik dan muda.'' Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul


WALAUPUN Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memutuskan penggunaan suntikan kosmetik botox untuk tujuan kecantikan adalah haram, masih ramai umat Islam khususnya wanita membelakangkan fatwa itu kerana taksub dengan keinginan untuk kelihatan cantik dan muda. Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahab sekali lagi menasihatkan mereka yang sudah menggunakannya supaya segera bertaubat dan mengingatkan orang lain tidak membuat suntikan itu kerana ia bukan saja bertentangan dengan Islam, tetapi boleh menggadai nyawa. Malangnya masih ramai yang berdegil, termasuk wanita berpurdah menggunakan suntikan itu yang dikatakan mampu mengembalikan keremajaan kulit walaupun sesetengahnya menyedari bahan suntikan itu mengandungi unsur yang meragukan dari segi kesuciannya dan syarak.



Sebagai orang Islam perbanyakkan muka anda dibasihi dengan air sembahyang kerana itulah ubat paling mujarab untuk mendapatkan sinar kecantikan di wajah anda walaupun tanpa secalit mekap yang melekat di wajah anda. Cahaya keimanan di wajah anda adalah lebih cantik dan asli dari menggunakan bahan2 terlarang yang memudharatkan diri dikemudian hari.


Wajah yg rosak teruk kerana penggunaan BOTOX





Ajaklah ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan contoh pengajaran yang baik dan berdailoglah dengan mereka dengan cara yang lebih baik" Surah Al-Nahl : Ayat 125


”Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” Surah Muhammad : Ayat 7


Dunia ini penuh dengan KONSPIRASI JAHAT. "Mereka membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu, dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya." Surah Aali Imran : Ayat 54


€Å“"Allah tidak menurunkan ke muka bumi, sejak penciptaan Adam as hingga hari Kiamat, fitnah yang lebih besar dari fitnah Dajjal."€ (Hadith Riwayat Thabrani , 1672)

Sekian dulu coretan saya untuk kali ini.....ada masa terluang akan saya terbitkan rencana-rencana berguna untuk kita semua.

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook