CaRa SoLeKaN RiNgKaS

11:20 PTG

salam teman2 blog....


Hari ini saya nak menulis mengenai cara2 solekan terutama kepada wanita hari ini. Kita sudah sedia maklum bahawa wanita hari ini tidak dapat lari dari seni kecantikan diri samada dari segi pemakaian, penjagaan diri dan solekan wajah. Setiap wanita memang suka mencantikkan diri mereka dari atas kepala hinggalah ke hujung kaki. Setiap kali mereka keluar dari rumah, tidak sah kalau tidak memakai bedak dan mencalitkan sedikit gincu bagi menceriakan wajah. 

 "MAHU" kelihatan anggun dengan wajah yang bersolek rapi tapi tidak tahu bagaimana caranya menyebabkan ramai wanita tampil di khalayak dengan penampilan solekan yang keterlaluan atau wajah yang lesu tidak bermaya.



Bagi memberi peluang kepada wanita terutama wanita bekerjaya mempelajari teknik betul untuk bersolek, ruangan kali ini ingin saya berkongsi maklumat mengenai panduan solekan ringkas dengan menyusuri cara solekan bersama Nurin Adlina Basir dari Nurin Makeover Studio.



Cara pertama untuk anda kelihatan cantik dan berseri dengan solekan ringkas bermula di sini :

Wajah



Bersihkan wajah terlebih dulu sebelum disapu pelembap dan seterusnya bedak asas. Pastikan anda memilih bedak asas dan bedak yang sesuai dengan kulit bagi memastikan solekan tahan lama dan kekal gebu. Lanjutkan dengan sapuan pemerah pipi pada tulang pipi tapi ingat, jangan terlalu berlebihan.  Sebelum membeli bedak, pastikan anda mengenali warna dan jenis kulit terlebih dulu.


“Wanita yang mempunyai kulit berminyak lebih sesuai mengenakan bedak jenis debu, kulit kering pula digalakkan menggunakan bedak padat manakala mereka yang berkulit kombinasi, gunakan alat solek berasaskan air,” katanya.


Bibir


Lengkapkan penampilan dengan sapuan solekan yang secukupnya saja. Jika ingin bibir kelihatan penuh, bentuk dengan menggunakan pensil bibir berwarna neutral atau semula jadi. Selepas itu, oles gincu berwarna merah jambu sebelum diakhiri dengan sapuan pengilat bibir.


Mata


Jangan terlalu berani memadankan terlalu banyak warna pembayang jika anda ingin tampil sederhana. Pilih warna selamat seperti coklat, hijau dan ungu. Aplikasi maskara penting sebagai pelengkap solekan mata anda.


“Pilih warna yang sesuai dengan usia, warna kulit dan pakaian supaya wajah anda tidak kelihatan pelik,” katanya.

Alis mata


Gunakan pensil alis untuk merapi dan membentuk kening. Menurut Nurin Adlina, ramai wanita yang mengabaikan bahagian alis sedangkan goresan ringkas pada bahagian berkenaan dapat menaikkan seri wajah.
sumber: bharian online.







Tips Seni Solekan


Memetik pandangan jurusolek profesional, Eleena Lamat yang lebih lima tahun berpengalaman dalam bidang solekan berkata, solekan untuk majlis pada siang hari dan malam perlu dibezakan jika tidak kecantikan wajah tidak akan terserlah.

Asas Penjagaan Kulit


First thing first, sama ada nak try mekap teknik yang baru, pastikan kulit wajah sentiasa bersih. Jangan lupa penjagaan asas kulit wajah iaitu membersih, menyegar dan melembab. Tanpa wajah yang bersih, mekap tidak dapat dilakukan dengan sempurna.

Mata




Kebanyakan wanita tercari2 tips-tips mekap untuk mata bagi menyerlahkan lagi mata mereka. Guna eyeliner yang natural contohnya coklat gelap ataupun kelabu, adalah satu contoh yang baik. Mata akan kelihatan tidak begitu garang berbanding penggunaan eyeliner hitam.

Letakkan secara nipis je di atas dan di bawah garis mata. Ni kalau nak mekap nampak natural la..Kalau nk pegi kenduri ke majlis ke, nk kena mekap tebal skit la. Lain plak tips mekapnya.

Bagi solekan waktu malam, warna yang digunakan lebih cerah dan terang supaya dapat menyerlahkan lagi wajah seseorang itu.

Pembayang mata dengan warna terang ini dapat menyerlahkan seri wajah dengan rona gelap malam hari selain mengambil kira kesan gemerlapan cahaya lampu pada majlis yang biasanya diadakan di hotel. Namun, warna terang yang digunakan bukannya yang terlalu bersinar seperti merah dan oren kerana ia akan memberi kesan sebaliknya.

Bagi mereka yang ada lingkaran gelap di bawah mata, anda disyorkan menyamarkan lingkaran tu dulu sebelum memekapkan mata. Gunalah concealer dari warm tone, yang akan menyamarkan kesan gelap tu. Letakkan concealer tu di bahagian bawah mata, seboleh-bolehnya bermula dari bahagian bawah tempat keluar air mata tu. Sapukan sampai ke bawah sampailah ke penghujung mata.


 
Lepas dah letak tu jangan lupa pulak blendkan dengan berus ke, sponge ke ataupun kalau nak jimat tu blendkan je dengan tangan.. boleh aje asalkan tak nampak lingkaran putih plak kat bawah mata. Blendkan biar concealer tu sekata dengan kulit wajah.

Kalau sesapa nak guna maskara ke, jgn lupa pakai yang waterproof, takut sat gi maskara pulak yang buat lingkaran bawah mata..

Kalau ada sesiapa yang mata sembab tu, seboleh-bolehnya jangan pakai mekap kat mata tu tebal2 sangat. Letak eyeshadow nipis2 je, begitu gak dengan eyeliner. Ini boleh, mengurangkan tumpuan pada mata yang sembab tu tadi.

Akhir sekali, jangan lupa bahagian kening tu. Kening yang tak terjaga, akan memburukkan lagi penampilan seseorang walaupun mekap bagai nak rak. Kalau tak tau cara nak rapikan kening, mintak bantuan pakar atau pun jika ingin lebih jimat, belajarlah untuk merapikan kening anda sendiri. Ia bukanlah sesuatu perkara yang sukar jika anda tahu caranya.

Jangan sesekali mencukur habis kening anda atau menjadikannya terlalu nipis, kerana sekarang ni dah tak jadi trend lagi dah. Yang penting ia mestilah nampak natural..

Mulut (BIBIR)


 
Bagi mereka yang berbibir nipis, untuk mendapatkan visual bibir yang penuh (bukan tebal ye) bukan lah sesuatu yang sukar. Hanya perlu menggariskan bibir dengan menggunakan penggaris bibir dan besarkan sedikit bahagian bawah.

Lepas meletakkan lipstik atau lip gloss, letakkan sedikit lip gloss yang sedikit terang dibahagian tengah bibir bawah tadi. Jangan gariskan lip liner tu terlalu jauh dari garis bibir..nanti orang ingat badut pulak..

Dah dapat bibir yang meletop tapi susah pulak nak tahan lama.. caranya mudah saja, warnakan bibir dengan lip liner td dan apply lg sekali lipstik di atasnya.. lip liner bertindak sebagai gam dan ia pastinya dapat menahan lipstik dari tertanggal dengan lebih cepat..

Pipi


 
Jika ada orang cakap anda mempunyai tulang pipi yang timbul (kira cantik la tu) gunakan kelebihan yang ada dengan memberi keutamaan kepada bahagian itu. Ini adalah salah satu teknik yang senang di pelajari.

Gunakan warna peach bagi kulit cerah dan ‘dull pink’ untuk kulit gelap.

Kalau boleh gunakan berus yang besar untuk menyapu blusher supaya sapuan lebih sekata. Takde la nanti macam clown kalau terlalu warna tak sekata. Sapuan haruslah dibuat secara menyerong dari bahagian tulang pipi menghala ke mulut. Jangan pulak sapu dari arah yang bertentangan sebab sapuan yang pertama tu (selalunya lebih terang) haruslah dapat menyerlahkan tulang pipi anda. Barulah boleh kata pipi bak pauh dilayang...
Maskara - Serlahkan Keindahan Mata


Author: SYANI
Terdapat pelbagai jenis maskara yang menjalankan fungsinya dalam pasaran. Ada yang jernih atau tidak berwarna, melentikkan, dwi warna, gel, kekal lama, memanjangkan, melembab, natural, menipiskan, melebat malah kalis air.


Biasanya warna-warna pada maskara begitu terhad, misalnya putih dan biru. Melainkan anda menggabungkan warna untuk mendapatkan kesan yang diinginkan. Aplikasi maskara juga perlu dimulakan dari pangkal bulu mata ke arah hujung bulu mata dengan gerakan yang lembut. Pada bahagian bawah mata pula mulakan dari pangkal ke hujung. Awas jangan sehingga memasuki bahagian mata!.

Berkongsi maskara juga merupakan satu kelemahan kerana ia mampu menyebarkan bakteria atau jangkitan pada mata. Penggunaan maskara memberi warna pada bulu mata. Sapuan tebal juga membolehkan mata anda kelihatan cukup dramatik. Bulu mata anda akan kelihatan berbeza sekiranya anda bijak menggunakan formula berbeza setiap kali menggunakan maskara. Tip di bawah memberi kelebihan kepada anda yang mahu menonjolkan bahagian mata.

LANGKAH 1

Pilih jenis maskara yang sesuai untuk bulu mata sama ada memanjang, menebal, kekal lama, melembab ataupun kalis air. Pastikan pilihan itu kena dengan majlis yang anda bakal hadiri. Acara siang sebaiknya pilih maskara yang memanjangkan bulu mata, sebelah malam pula pilih yang kekal lama atau melebatkan bulu mata.


LANGKAH 2



Pilih warna sama ada hitam, jernih mahupun biru. Warna gelap mampu menyerlahkan kesan dramatik.


LANGKAH 3


Lentikkan bulu mata dengan pengepit bulu mata.


LANGKAH 4


Jangan menolak maskara keluar-masuk beberapa kali dari bekasnya. Ini akan menyebabkan udara memasuki bekas dan menyebabkan bahan mengering. Keadaan itu juga menyebabkan bakteria mudah melekat.

LANGKAH 5


Bermula dari pangkal bulu mata (pada bahagian atas), gerakkan maskara perlahan-lahan ke arah hujung mata. Gerakan zig zag juga membantu untuk menampakkan bulu mata tidak berkumpul.

LANGKAH 6


Pastikan lapisan awal maskara kering kemudian barulah sapu maskara selapis lagi dengan gerakan yang sama.
LANGKAH 7


Gunakan sikat bulu mata untuk memisahkan bulu mata yang basah. Gunakan tisu atau Q-tip (putik kapas) untuk membuang maskara yang berlebihan.


LANGKAH 8


Sapukan sedikit sahaja maskara pada bulu mata bawah. Sebaik sahaja maskara mengenai mata bawah tarik ia perlahan-lahan.

LANGKAH 9


Sebaik sahaja menyapu maskara, tekapkan perlahan bahagian tepi mata dengan kapas pembersih untuk membuang sisa maskara yang terjatuh dikawasan itu. Titikkan pencuci bahagian mata pada kapas pembersih untuk kesan yang lebih baik.

Diharapkan dengan paparan tersebut akan dapat menolong anda dalam memvariasikan gaya solekan terkini dan anda akan kelihatan lebih anggun bergaya dengan menampakkan anda lebih muda dari usia sebenar anda. Bagi anda yang telah bersuami niatkan solekan ini adalah untuk tatapan suami tercinta.

sekian..wassalam

 






You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook