ReSePi BiSkUT- Boleh Buat Business

12:16 PG

Salam....teman2 blog.

Tak lama lagi kita akan menyambut kehadiran bulan Ramadhan seterusnya syahwal. Tapi biasalah kita ni, belum masuk bulan Ramadhan dah banyak yang difikirkan untuk menyambut hari raya. Dari perabot baru, kain langsir baru, baju baru untuk keluarga dan paling tak lupa biskut raya. Ada yang lebih berkemampuan boleh buat biskut tunjuk aje..asalkan duit ada...tapi bagi yang banyak tanggungan lebih senang untuk membuat sendiri kerana ia lebih murah dan menjimatkan. Memandangkan sekarang semua orang sudah celik IT, lebih mudah nak cari resepi biskut dari laman web aje...tak payah buang2 duit pi beli buku2 resepi sedangkan setiap tahun buku tu juga yang keluar di pasaran. Untuk menjimatkan waktu puan2, saya berbesar hati untuk memberikan resepi2 biskut terkini yang sedap untuk di cuba oleh puan2 semua. Manalah tahu dari resepi tersebut puan2 dapat menggunakannya dengan lebih efisien...jadi peniaga dan pembekal biskut raya..sekurang2 dapat juga menampung perbelanjaan hari raya nanti. Disamping itu, dengan membuat sendiri biskut hari raya, kita dapat memberikan kepada saudara mara sebagai buah tangan disamping boleh dijual bagi menambahkan pendapatan keluarga. Kata orang, kita ni eloklah berkongsi2 ilmu dan jangan sekali2 loket untuk memberi ilmu kepada orang lain. Kalau berjaya Alhamdullilah dan kalau tidak berjaya kita boleh cuba lagi di tahun hadapan. Janji kita jangan berputus asa untuk mencuba kerana orang2 yang berjaya tidak terus berjaya melainkan mereka juga menempah liku2 berduri sebelum berjaya. Semoga dengan beberapa resepi terkini yang saya turunkan disini akan membuahkan hasil kepada puan2. Insyaallah. Yang paling utama puan2 kena berusaha bersungguh2.

Resepi2 ni pun saya perolehi dari blog2 kawan2. Ramai juga kawan2 saya dah berjaya dengan perniagaan mereka ini dengan megikuti resepi2 yang sedap ini. Apa yang saya harapkan puan2 dapat mencuba untuk membuatnya. Semoga berjaya.........

BISKUT COKLAT CIPS RANGUP
Recipe posted by Hanieliza at FNR


Bahan A
250 g butter
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla


Bahan B [gaul rata]


230 g tepung biskut ]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum
Cara


1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25      minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

Biskut Koko Rangup



recipe posted by yani at MyResipi
 Bahan-bahan ( saiz acuan 21x8cm )


50g mentega tanpa garam
*70g tepung
*15g serbuk koko
*1/8 sk serbuk kulit kayu manis
*1/4 sk baking powder
*40g gula perang
*2 cubit garam


Cara-cara


-potong mentega 1 cm. pastu masukkan ke dalam peti sejuk.
-Panaskan oven ke 180C. Alas dulang/acuan dengan oven peper
-Ayak semua bahan-bahan yang bertanda *.
-Keluarkan mentega tadi dari peti sejuk. Ramas-ramaskan dengan bahan ayak sehingga jadi berketul-ketul.
-Ambik 2/3 dari adunan tadi. Masukkan ke dalam acuan dan tekan-tekan biar jadi sekata dan padat. Ambik adunan yang selebihnya tabur-taburkan ke atasnya.


-Bakar selama 25-30 minit.


-Potong memanjang 1-1.5cm ketika masih panas-panas. Kemudian sejukkan.
 Biskut Kuaci  
                       
Bahan2nya :-

250 g mentega
140 g gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen lemon ( esen vanilla)





Bahan B :-
60 g kuaci labu, dikisar halus
100 g cornflakes, dikisar halus
40 g coffeemate
60 g tepung jagung
400 tepung rose ( tepung gandum juga boleh)

Bahan C :-

kuaci labu, untuk hiasan
Kuning telur untuk di sapu

Cara membuatnya :-

1. Pukul bahan A hingga sebati dan rata ( jgn pukul hingga kembang) masukkan bahan B satu demi satu dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Kalau lebek, biarkan 10-15 minit ( bila cornflake kembang doh akan ok)

2. Canai doh 1/2 cm tebal, terapkan guna acuan kegemaran, susun di atas dulang pembakar, hiaskan dengan kuning telur dan kuaci labu hingga selesai

3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 75C selama 15 minit, sejukkkan sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.

Biskut Kelapa
Bahan-bahannya :-

250 gm butter
200 gm gula kastor
1 kuning telur
1 s/k esen vanilla
2 cawan kelapa kering
1/2 cawan nestum halus
1 1/4 cawan tepung ubi
1 1/4 cawan tepung gandum/rose (ayakkan)
                           ceri untuk hiasan

Cara2nya :-

Gaulkan butter dan gula hingga sebati. masukkan kuning telur, esen vanilla dan kacau rata. masukkan bahan2 kering berselang seli dan gaul rata. Bentukkan mengikut kesukaan anda. Bakar dalam suhu 170C selama 15 minit atau sampai masak. Sejukkan dan hias dengan ceri atau lorekan coklat cair.

Biskut Almon London

 




Bahan2nya

500 gm tepung gandum + 1 sb tepung jagung (diayak)
315 gm marjerin
165 gm gula ising
1 sdt esen vanilla
2 biji kuning telur
200 gm kacang almond 9 dipanggang/digoreng tanpa minyak)
coklat masakan ( dicairkan)
kacang almond di cincang

Cara2nya :-

Pukul marjerin bersama gula ising hingga sebati
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil diputar
masukkan esen vanilla
masukkan tepung dan uli sehingga mejadi doh
Bentukkan doh dan letakkan kacang almond didalamnya
Bakar selama 30 minit pada suhu 160C
Apabila sejuk, hiaskan dgn coklat masakan dan hirisan kacang almond
SeLaMaT MeNcUbA!!!!!!!!!!!!!!!!!!

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook